Tuba Binasa Ikan Tak Dapat
Maksud : Pekerjaan yang sia-sia dan merugikan Contoh Ayat : Viviana berhabisan wang ratusan ribu ringgit bagi memancing undi, malangnya dia tewas juga dalam pilihan raya itu, tuba binasa ikan tak dapat.
Maksud : Pekerjaan yang sia-sia dan merugikan Contoh Ayat : Viviana berhabisan wang ratusan ribu ringgit bagi memancing undi, malangnya dia tewas juga dalam pilihan raya itu, tuba binasa ikan tak dapat.
Maksud : Orang yang cerdik akan sayang kepada segala macam orang kerana setiap mereka itu ada gunanya. Contoh Ayat : Zaliha tetap memberi kasih sayang kepada anaknya yang cacat itu sama dengan anak-anaknya yang lain kerana dia tahu bahawa anak itu tetap akan berguna juga suatu hari nanti, tukang tidak membuang kayu.
Maksud : Anak gadis daripada keluarga yang mewah Contoh Ayat : Syah ada menyimpan hati terhadap Zana tetapi dia tidak berani masuk meminang kerana bimbang ditolak oleh gadis yang tumbuh di tanah gembur ini.
Maksud : Segala kewajipan menurut adat sudah dikerjakan, tiada lagi yang tertinggal Ayat Contoh : Baginda ditabalkan menjadi raja di negeri itu mengikut adat kebesaran diraja, tumbuh pada alur diturut; tumbuh pada jalan sudah ditempuh.
Maksud : Badan sendiri yang menangani semua hal kehidupan Ayat Contoh : Tidak mungkin sampai bila-bila kamu boleh bergantung hidup pada ibu bapa kerana mereka sudah tua, suatu masa nanti kamu terpaksa tumbuk tanak pada awak sendiri.
Maksud : Yang hanya satu-satunya. Ayat Contoh : Apa-apa sahaja yang diingini akan dipenuhi oleh kedua-dua ibu bapa Sany kerana dia anak tunggal berbeleng.
Maksud : Sikap gagah berani atau tidak gentar dalam menjalankan tugas terutama untuk membela bangsa dan negara. Ayat Contoh : Leftenan Adnan dan pasukannya sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan negara daripada penjajahan Jepun. Mereka tunggang hilang berani mati.
Maksud : Rupa yang hitam. Ayat Contoh : Teman-teman Rodziah menyindirnya kerana memilih pemuda yang seperti tunggul terbakar di tengah huma itu sebagai suaminya.
Maksud : Kerana marah hilang takut Ayat Contoh : Jantan mengamuk di rumah Penghulu Kadir yang menipunya. Rasa takut terhadap konco-konco penghulu itu ditenggelami rasa marah yang membuak-buak, turutkan hati yang geram hilang takut tinggal berani.
Maksudnya : Orang yang menurutkan kemahuan nafsu akhirnya akan binasa. Ayat Contoh : Wahai orang muda sekalian, setiap manusia diberikan otak yang kedudukannya lebih tinggi daripada hati, oleh itu berfikirlah dahulu sebelum mengambil apa-apa tindakan kerana kalau turutkan rasa binasa, turutkan hati mati!