Sumbang Di Mata, Binasa Hati
Maksud : Tingkah laku yang tidak baik menimbulkan anggapan jahat. Ayat Contoh : Perbuatan suami isteri itu bercumbuan di khalayak ramai merupakan perbuatan yang tidak bertamadun kerana sumbang di mata, binasa hati.
Maksud : Tingkah laku yang tidak baik menimbulkan anggapan jahat. Ayat Contoh : Perbuatan suami isteri itu bercumbuan di khalayak ramai merupakan perbuatan yang tidak bertamadun kerana sumbang di mata, binasa hati.
Maksud : Berbuat kurang sopan termasuk kesalahan besar. Ayat Contoh : Pihak berkuasa hendaklah bertindak tegas bagi membendung kegiatan mana-mana pihak yang membuat dan menjual pita-pita video lucah kerana kegiatan itu sumbing meluaki, retak melampaui garis yang pastinya sangat berbahaya kepada minda rakyat.
Maksud : Barang yang dipinjam kalau rosak hendaklah dibaiki. Ayat Contoh : Apabila kereta yang dipinjamnya terlibat dalam kemalangan, Johari terpaksa menanggung semua perbelanjaan membaiki kereta tersebut kerana sumbing menitik, patah mengimpal.
Maksud : Orang bodoh berlagak pandai; orang miskin berlagak kaya. Ayat Contoh : Setiap kali pulang berhari raya di kampung, Armizan akan menyewa sebuah kereta dan berlagak kaya, padahal dia sebenarnya sumpit penuh tidak berisi kerana terpaksa berhutang untuk berlagak begitu.
Maksud : Hasil yang diperoleh serta-merta. Ayat Contoh : Banyak orang kampung suka bekerja di sawah Penghulu Dagang kerana dia akan membayar upah sebaik-baik sahaja kerja selesai, sumur digali air terbit.
Maksud : Perempuan yang tidak senonoh kelakuannya (perempuan lacur). Ayat Contoh : Akibat terlalu terpesona akan kemewahan sementara di dunia ini, banyak gadis remaja yang sanggup menjadi sumur di tepi jalan ketika masih di bangku sekolah lagi.
Maksud : Orang yang terlalu cemburu. Ayat Contoh : Nancy telah menukarkan imej selekehnya kepada kemas dan bergaya kerana bimbang akan suaminya terpikat oleh janda berhias yang baru menjadi jiran mereka. Dia dikatakan sumur di tepi rawa.
Maksud : Selesai membuat dua tiga pekerjaan pada masa yang sama. Ayat Contoh : Fahmi turun ke sawah untuk membuang rumput di sawah padinya. Selain itu, dia juga mengutip siput yang boleh digulai dan menahan bubu di tali air. Dia sungai sambil mandi.
Maksud : Tidak tentu asal usulnya. Ayat Contoh : Memilih calon isteri atau suami bukan seperti membelek kain di kaki lima kerana seseorang itu perlu mengetahui asal usulnya, jangan terpilih sungai tak tentu gaungnya.
Maksud : Tidak sempurna syarat. Ayat Contoh : Kelulusan tinggi sahaja tidak cukup untuk menjadi guru kerana kesempurnaan akhlak juga penting, jangan pula sungguh berjanggut tiada berjubah.