Tamu Yang Tidak Diundang
Maksud : Pencuri atau perompak; sesuatu yang tidak diharapkan kedatangannya. Ayat Contoh : Sebelum tidur, jangan lupa mengunci semua pintu dan tingkap. Kalau tidak, datang pula tamu yang tidak diundang.
Maksud : Pencuri atau perompak; sesuatu yang tidak diharapkan kedatangannya. Ayat Contoh : Sebelum tidur, jangan lupa mengunci semua pintu dan tingkap. Kalau tidak, datang pula tamu yang tidak diundang.
Maksud : Memperoleh sesuatu lebih daripada yang diharapkan. Ayat Contoh : Nabila berasa sudah cukup gembira sekiranya dia dapat menjadi kerani di syarikat itu tetapi berasa sungguh bertuah apabila ditawarkan jawatan sebagai pegawai pemasaran, tanam cempedak tumbuh nangka.
Maksud : Perbuatan jahat akan dibalas dengan jahat juga. Ayat Contoh : Hamzah tidak pernah memberikan nafkah atau mengambil tahu tentang anak-anaknya menyebabkan mereka membiarkannya menghabiskan masa tua di rumah kebajikan itu kerana tanam lalang takkan tumbuh padi.
Maksud : Manis kata-kata untuk memujuk atau memuji dengan suatu maksud. Ayat Contoh : Penjual insurans itu memang suka tanam tebu di bibir mulut kerana dia menjanjikan pelbagai kemudahan kepada setiap pembeli polisi tetapi selepas banyak pelanggan membeli polisi itu, dia tidak menghiraukan kebajikan mereka lagi.
Maksud : Perihal orang yang rajin atau cepat bekerja. Ayat Contoh : Walaupun hari raya sudah hampir, namun Zafira masih menerima tempahan baju kurung kerana dia mempunyai beberapa orang pekerja yang tangan bagai lipas kudung.
Maksud : Jangan berhenti kerja sebelum mendapat kerja yang baru. Ayat Contoh : Setelah diterima bekerja di firma itu, baharulah Johari melepaskan jawatannya di jabatan kerajaan. Dia berbuat demikian kerana dia tahu bahawa tangan kanan jangan dilepas sebelum tangan kiri dapat berpegang.
Maksud : Pemberian yang benar-benar ikhlas. Ayat Contoh : Kalau mengharapkan pahala dan pembalasan baik di akhirat, segala derma yang dibuat hendaklah ikhlas dan tidak diheboh-hebohkan, tangan kanan memberi tangan kiri tidak tahu.
Maksud : Bekerja keras. Ayat Contoh : Nelayan yang menggunakan bot kecil terpaksa bekerja keras sebelum tiba musim tengkujuh kerana ketika laut bergelora mereka tidak dapat pergi ke laut, tangan mencengkang bahu memikul.
Maksud : Orang lain yang bersusah payah, orang lain yang mendapat nikmatnya. Ayat Contoh : Orang-orang tua kita yang berhempas-pulas meneroka kawasan ini tetapi para pendatang yang kaya itu senang-senang sahaja datang membina kedai dan gudang mereka, tangan penat memerah, pasu mendapat santannya.
Maksud : Beroleh kerugian kerana perbuatan ahli keluarga yang tidak senonoh. Ayat Contoh : Akibat kedua-dua orang anaknya terlibat dalam penagihan dadah dan gejala sosial, akhirnya Encik Mubarak gagal menjadi wakil rakyat kerana ditolak oleh pengundi-pengundi di kawasannya, tangan yang celaka, kerja jatuh.