Sama Turun Dengan Malim
Maksud : Dalam tempoh sebulan sahaja berkahwin, si isteri diceraikan oleh suaminya. Ayat contoh : Sekian lamanya Zamila dan kekasihnya berkepit ke hulu ke hilir tetapi selepas berkahwin, Zamila sama turun dengan malim.
Maksud : Dalam tempoh sebulan sahaja berkahwin, si isteri diceraikan oleh suaminya. Ayat contoh : Sekian lamanya Zamila dan kekasihnya berkepit ke hulu ke hilir tetapi selepas berkahwin, Zamila sama turun dengan malim.
Maksud : Sekali melakukan pekerjaan, beberapa maksud tercapai. Ayat contoh : Fusiha balik ke kampung untuk mengunjungi ibu bapa dan melawat sanak saudaranya. Di samping itu, dia membawa pelbagai jenis barang untuk dijual di sana. Dia dikatakan sambil menyelam minum air.
Maksud : Orang yang hina atau miskin itu selalunya tidak dipedulikan orang. Ayat contoh : Walaupun buruh itu banyak menyumbangkan tenaga untuk membina pelbagai binaan milik pemaju perumahan itu, namun mereka tidak pernah memandang jasa tersebut kerana sampah itu di tepi juga.
Maksud : Orang-orang yang miskin jangan dihina. Ayat contoh : Orang-orang kaya diingatkan agar tidak terlalu bermegah dengan kekayaan dan menghina orang-orang miskin yang bekerja untuk mereka, sampah jangan ditendang sepak
Maksud : Tiba di negeri orang dengan nama baik, balik dengan nama buruk. Ayat Contoh : Ketika mula-mula belajar di Australia, Naemah seorang gadis yang berpendidikan agama tetapi setelah mengalami kejutan budaya, dia menjadi liar menyebabkan pelajarannya terkandas. Sebagai akibatnya dia terpaksa pulang ke tanah air. Dia dikatakan orang, sampai bersalam, pulang berterajang.
Maksud : Kekurangan syarat untuk melakukan sesuatu. Ayat Contoh : Ismail sudah cukup wang tetapi tidak dapat menunaikan haji pada tahun lepas kerana tidak mendapat kelulusan visa haji daripada kedutaan Arab Saudi. Hal ini kerana dia menggunakan syarikat pengurusan haji swasta yang tidak bertauliah, begitulah sampan ada pengayuh tidak.
Maksud : Sesuatu yang diperiksa atau disiasat hendaklah ada bukti. Ayat Contoh : Polis boleh mendakwa seseorang itu atas tuduhan melakukan jenayah kalau ada bukti yang jelas kerana samun sakal berdarah tangan.
Maksud : Lelaki yang menunggu bakal isterinya dengan rumah yang cantik dan cukup peralatannya. Ayat Contoh : Edry telah menyediakan sangkar emas, tenggeran suasa untuk bakal isterinya kerana dia mahu perempuan yang hidup bersama-samanya berasa bahagia.
Maksud : Kebaikan dibalas dengan kejahatan. Ayat Contoh: Sebagai anak sulung, Normah sanggup membanting tulang untuk menyekolahkan adik-adiknya sehingga berjaya ke universiti, namun setelah mereka bekerja di bandar, mereka tidak pernah menjenguk Norman. Begitulah santan dibalas dengan tuba.
Maksud : Dibuang sesudah tidak berguna. Ayat Contoh : Apabila badannya lumpuh separuh badan akibat kemalangan di tempat kerja dan tidak mampu bekerja lagi, Dadali dibuang kerja oleh majikannya. Nasibnya seperti santan di pasu, hampas pun ke tanah.