Seperti Kelopak Pandan
Maksud : Keelokan tubuh seorang perempuan. Ayat Contoh : Sesiapa yang terpandang akan Puteri Intan Terpilih akan terpikat kepadanya kerana kecantikan tubuhnya seperti kelopak pandan dan tingkah lakunya yang bersopan santun.
Maksud : Keelokan tubuh seorang perempuan. Ayat Contoh : Sesiapa yang terpandang akan Puteri Intan Terpilih akan terpikat kepadanya kerana kecantikan tubuhnya seperti kelopak pandan dan tingkah lakunya yang bersopan santun.
Maksud : Sakit hati kerana disindir. Ayat Contoh : Mawar seperti kena pedang bermata dua kerana disindir oleh ketuanya dalam mesyuarat itu.
Maksud : Terdiam kerana tidak dapat berkata-kata. Ayat Contoh : Erna seperti kena pembungkam kerana sangat terkejut apabila melihat anaknya dilanggar kereta di hadapan matanya sendiri.
Maksud : Tidak boleh duduk diam dan sangat gelisah. Ayat Contoh : “Saya mahu kamu semua duduk di tempat masing-masing dan membuat kerja yang saya suruh, jangan berkeliaran ke sana ke mari seperti kera kena belacan,” kata Cikgu Adelina.
Maksud : Orang yang tidak menghargai benda yang bagus. Ayat Contoh : Banyak buku yang mahal dan bermutu di perpustakaan telah diconteng dan dikoyak oleh pelajar-pelajar yang tidak bertanggungjawab. Mereka itu seperti kera mendapat bunga.
Maksud : Orang yang takut atau tidak gemar mencampuri orang ramai. Ayat Contoh : Zayd dikatakan seperti kera sumbang kerana tidak suka bergaul dengan rakan-rakan sepejabat ataupun jiran-jirannya.
Maksud : Menurut sahaja kehendak orang tanpa membantah. Ayat Contoh : Sebagai bangsa yang merdeka, pemimpin-pemimpin kita sudah bebas memerintah negara ini, tidak seperti pada zaman penjajahan mereka menjadi seperti kerbau dicucuk hidung.
Maksud : Orang yang sukar hendak melepaskan dirinya setelah terdorong melakukan sesuatu kerja. Ayat Contoh : Ahli kongsi gelap itu berasa sukar untuk kembali ke pangkuan masyarakat kerana bimbang akan dibunuh oleh kawan-kawannya sendiri, kalau diteruskan mungkin ditangkap polis pula. Dia seperti kerbau tersepit leher, dihela tanduk sudah panjang, dialukan badan sudah besar.
Maksud : Terlalu banyak. Ayat Contoh : Para pengunjung di pasar itu amat tertarik apabila melihat buah-buahan yang pelbagai jenis terjual dengan banyaknya seperti kersik di pulau.
Maksud : Orang yang suka menunjukkan sesuatu yang berharga yang ada padanya, akhirnya akan mendatangkan bencana kepada dirinya. Ayat Contoh : Perempuan yang suka menayangkan barang kemas pada badannya itu akhirnya disamun dan terbunuh kerana melawan perompak itu. Keadaannya seperti kesturi, kerana bau hilang nyawanya.