Sudah Terdorong Kepada Kukur, Tinggallah Tempurung Sahaja
Maksud : Sudah mendengar pujukan jahat maka rosak binasalah kita. Ayat Contoh : Sebagai akibat terpengaruh oleh pergaulan bebas, akhirnya diri dan masa depan remaja itu rosak. Begitulah kalau sudah terdorong kepada kukur, tinggallah tempurung sahaja.