Tabuhan Meminang Anak Labah-Labah
Maksud : Mencari jodoh yang tidak sepadan. Ayat Contoh : Mat Hasan yang menjadi kepala samseng itu dikatakan tabuhan meminang anak labah-labah kerana cuba melamar anak seorang guru agama.
Maksud : Mencari jodoh yang tidak sepadan. Ayat Contoh : Mat Hasan yang menjadi kepala samseng itu dikatakan tabuhan meminang anak labah-labah kerana cuba melamar anak seorang guru agama.
Maksud : Mahu mencelakakan orang lain tetapi kecelakaan itu menimpa diri sendiri. Ayat Contoh : Abang Mad mencuba untuk membakar kedai runcit Antony yang menjadi musuhnya tetapi minyak petrol yang digunakan telah tersimbah ke badannya. Hal ini menyebabkan dia mati terbakar. Begitulah kalau tahan jerat sorong kepala.
Maksud : Tahu betul tentang kesulitan sesuatu perkara. Ayat Contoh : Askar Melayu Diraja dihantar untuk berkhidmat di Congo, iaitu di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kerana pasukan itu telah tahu di dalam lubuk.
Maksud : Sengaja mencari perselisihan, kemudian sesal akan diri sendiri. Ayat Contoh : Engkau sudah tahu bahawa perempuan itu isteri orang tetapi masih mahu mengganggunya. Sekarang, suaminya itu sudah menjadi musuh ketat engkau, untuk apa disesalkan lagi. Bak kata orang, tahu gadung itu mabuk, mengapa diratah-ratah?
Maksud : Orang yang bijaksana, tahu akan bahaya yang bakal menimpa. Ayat Contoh : Jangan pandang ringan terhadap amaran orang alim itu bahawa bala akan menimpa sekiranya pesta maksiat itu diteruskan kerana beliau tahu di ranting yang akan patah, tahu di lantai akan terjungkat.
Maksud : Pandai berbuat sesuatu pandai-pandailah menyimpan rahsia. Ayat Contoh : Kalau takut pertemuan engkau dengan Siti di tepi sungai itu diketahui oleh bapanya yang garang itu, pandai-pandailah menyimpan rahsia tersebut kerana tahu makan tahu simpan.
Maksud : Mulut manusia lebih keras daripada senjata dan boleh membinasakan diri sendiri. Ayat Contoh : Akibat bercakap celopar di hadapan anak raja itu, Gendut telah dimurkai dan dihukum sebat dengan rotan, tajam lidah manusia melebihi tuntung keris.
Maksud : Tidak ada sesuatu yang betul-betul sempurna. Ayat Contoh : Safarina seorang yang berpendidikan tinggi, cantik, pandai mengambil hati orang tua, dan sangat taat akan agama, sayangnya dia tidak tahu memasak. Itulah yang dikatakan orang tak ada gading yang tak retak.
Maksud : Tiada usaha yang tidak dapat dikerjakan atau tidak akan berhasil. Ayat Contoh : Walaupun Loke cacat pendengaran tetapi berkat usahanya yang bersungguh-sungguh, akhirnya dia berjaya mendapat ijazah kedoktoran di sebuah universiti yang terkenal, tak ada gunung yang tinggi yang tak dapat didaki, tak ada lurah yang dalam yang tak dapat dituruni.
Maksud : Orang bodoh tidak tahu akan erti kiasan dan sindiran. Ayat Contoh : Kalau marah akan Sabu, engkau perlu marah secara terang-terangan kerana orang bodoh sepertinya tidak akan faham akan sindiran sahaja, tak ada guruh pada orang pekak, tak ada kilat pada orang buta.