Satu Sangkar Dua Burung
Maksud : Dua orang perempuan berebutkan seorang lelaki. Ayat Contoh : Rumah tangga Abu Hassan porak-peranda kerana isteri-isterinya enggan berdamai. Begitulah kalau satu sangkar dua burung.
Maksud : Dua orang perempuan berebutkan seorang lelaki. Ayat Contoh : Rumah tangga Abu Hassan porak-peranda kerana isteri-isterinya enggan berdamai. Begitulah kalau satu sangkar dua burung.
Maksud : Hidup dengan usaha sendiri atau berdikari. Ayat Contoh : Meskipun terpaksa membanting tulang untuk mencari nafkah, namun Bob lebih suka sauk air mandikan diri daripada mengharapkan belas kasihan orang lain.
Maksud : Sesuatu perkara itu ada batas atau hadnya. Ayat Contoh : Berpuasa sepanjang hari memang melaparkan tetapi kalau membeli dan menyediakan makanan biarlah sekadar yang diperlukan, jangan berlebih-lebihan dan membazir kerana sawah berpermatang, ladang berbintalak.
Maksud : Jika meminjam wang, wajib ada orang yang menjaminnya. Ayat Contoh : Pihak bank sedia meluluskan pinjaman berjumlah seratus ribu ringgit itu kepada Encik Omar jika dia dapat menyediakan dua orang penjamin kerana sawah luas tahan tua, rumah gedang tahan tonggak.
Maksud : Saya anak saudara, dia anak kandung, tentulah lebih dia. Ayat Contoh : Sudah pastilah Pak Ngah mempercayai kata-kata Amira daripada kata-kata saya kerana saya getah daun, dia getah batang.
Maksud : Seorang yang bukan bangsawan tetapi mengaku kerabat diraja. Ayat Contoh : Raja Azami ialah anak orang biasa yang berasal dari kampung tetapi mengaku bahawa dialah kerabat terdekat sultan yang memerintah negeri sehingga dia dikatakan sayang anak badak tampung, cucu konon badak raya.
Maksud : Sayang anak kepada ibu bapa terbatas, manakala sayang ibu bapa kepada anak tiada batasan. Ayat Contoh : Jamali sanggup mengikut telunjuk isterinya yang amat disayangi tanpa mempedulikan perasaan ibu bapanya yang membelanya dengan kasih sayang sejak kecil lagi. Begitulah sayang anak sepanjang penggal, sayang orang tua sepanjang jalan.
Maksud : Keadaan yang serba salah kerana menghadapi kekasih yang curang. Ayat Contoh : Carl memang tahu bahawa isterinya mempunyai teman lelaki dan sering mengabaikan rumah tangga tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana sayang buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang.
Maksud : Gadis yang tidak bersuami hingga tua. Ayat Contoh : Mak Wawa sering merungut kerana anak gadisnya sering menolak pinangan orang. Katanya sayang bunga layu di pohon.
Maksud : Sayang akan anak dimarahi, sayang akan negeri merantau ke negeri lain. Ayat Contoh : Mamdani merantau untuk menuntut ilmu bagi membangunkan tanah air tercinta. Bak kata orang, sayangkan anak dilencuti, sayang di negeri ditinggalkan.