Seperti Birah Tumbuh Di Tepi Lesung
Maksud : Budak yang lekas besar atau subur badannya. Ayat Contoh : Anak Encik Saiful seperti birah tumbuh di tepi lesung kerana umurnya baru sepuluh tahun tetapi badannya seperti orang dewasa.
Maksud : Budak yang lekas besar atau subur badannya. Ayat Contoh : Anak Encik Saiful seperti birah tumbuh di tepi lesung kerana umurnya baru sepuluh tahun tetapi badannya seperti orang dewasa.
Maksud : Berpatutan benar. Ayat Contoh : Anak raja yang gagah perkasa itu sangat berpadanan dengan tuan puteri itu. Mereka seperti bisai makan sepinggan.
Maksud : Orang yang bongkak dan bercakap besar tetapi tidak berisi. Ayat Contoh : Wahid seperti buah kedepung, di luar berisi di dalam kosong apabila mengatakan bahawa semua kejayaan itu hasil usahanya tetapi sebenarnya Mazlan dan Azlee lah yang menjadi tonggak kejayaan tersebut.
Maksud : Orang semakin berilmu semakin merendah diri sedangkan orang tidak berilmu akan bertambah sombong. Ayat Contoh : Tidak rugi kalau kita yang banyak ilmu ini merendah diri, usah seperti orang yang ilmunya hanya sekelumit tetapi bercakap besar, seperti buah padi makin berisi makin rendah, jangan jadi seperti lalang makin lama makin tinggi.
Maksud : Menghilangkan diri dengan cepat. Ayat Contoh : Dua orang perompak itu seperti bujuk lepas dari bubu setelah berjaya menyamun wang berpuluh-puluh ribu ringgit dari bank itu.
Maksud : Memperlihatkan kecekapan apabila tiba masanya. Ayat Contoh : Setelah semua pendekar kalah, Panglima Dali dengan angkuh mencabar sesiapa lagi yang mahu berlawan dengannya, lalu Hitam pun bangkit menyahut cabaran dan akhirnya panglima itu tewas di tangannya. Hitam dikatakan seperti buku gaharu
Maksud : Sepadan benar. Ayat Contoh : Raja dan permaisuri yang sedang dihadap oleh sekalian menteri itu kelihatan seperti bulan dengan matahari, sama-sama bergaya dengan wajah yang berseri-seri.
Maksud : Gadis jelita semakin cantik jika dikelilingi perawan-perawan yang cantik. Ayat Contoh : Biduanita jelita yang menjadi pujaan itu sedang menyanyi dengan diiringi oleh satu kumpulan penari yang rupawan. Biduanita itu seperti bulan dipagar bintang.
Maksud : Mendapat keuntungan besar. Ayat Contoh : Mahathir terasa seperti bulan jatuh ke riba apabila dia ditawarkan pinjaman berpuluh-puluh ribu ringgit daripada jutawan itu tanpa sebarang faedah bagi membesarkan perniagaannya.
Maksud : Muka yang pucat dan murah. Ayat Contoh : Wajah Tun Fatimah yang cantik itu menjadi seperti bulan kesiangan hari apabila dikahwini oleh Sultan Mahmud yang pernah membunuh suami, ayah, abang, dan mentuanya