Salin Tak Tumpah
Maksud : Dua orang yang kelihatan serupa. Ayat contoh : Wajah Syatila salin tak tumpah dengan wajah kakaknya.
Maksud : Dua orang yang kelihatan serupa. Ayat contoh : Wajah Syatila salin tak tumpah dengan wajah kakaknya.
Maksud : Orang yang seia dan sekata. Ayat contoh : Hang Tuah lima bersaudara tidak pernah berbantahan dan mereka telah berjanji untuk sentiasa sama lebur sama binasa, terutamanya ketika menentang musuh.
Maksud : Dua orang yang seiras tetapi budi pekerti yang berlainan. Ayat contoh : Rabani dan Awe mempunyai wajah seiras kerana mereka bersepupu tetapi perangai Rabani yang suka berfoya-foya dengan perempuan itu berbeza daripada sepupunya yang suka menghadiri majlis-majlis ilmu. Mereka diibaratkan sama menjulur sama menjalar, lain belut lain ular.
Maksud : Terlalu berbohong. Ayat contoh : Oleh sebab mahu keluar, Atiqah telah memberitahu warden asrama bahawa datuknya meninggal dunia. Cerita itu seperti sama panjang dengan urat perut kerana datuknya masih sihat di kampung.
Maksud : Orang yang terlibat dalam hal yang membimbangkan, jika berlaku sesuatu kesusahan maka semuanya menanggung akibat. Ayat contoh : Ayahku mengatakan bahawa dia dan kawan-kawannya sama seperahu dalam menanggung pelbagai kesusahan dan bahaya ketika meneroka tanah hutan di Chenulang yang kini telah mendatangkan hasilnya.
Maksud : Dalam tempoh sebulan sahaja berkahwin, si isteri diceraikan oleh suaminya. Ayat contoh : Sekian lamanya Zamila dan kekasihnya berkepit ke hulu ke hilir tetapi selepas berkahwin, Zamila sama turun dengan malim.
Maksud : Sekali melakukan pekerjaan, beberapa maksud tercapai. Ayat contoh : Fusiha balik ke kampung untuk mengunjungi ibu bapa dan melawat sanak saudaranya. Di samping itu, dia membawa pelbagai jenis barang untuk dijual di sana. Dia dikatakan sambil menyelam minum air.
Maksud : Orang yang hina atau miskin itu selalunya tidak dipedulikan orang. Ayat contoh : Walaupun buruh itu banyak menyumbangkan tenaga untuk membina pelbagai binaan milik pemaju perumahan itu, namun mereka tidak pernah memandang jasa tersebut kerana sampah itu di tepi juga.
Maksud : Orang-orang yang miskin jangan dihina. Ayat contoh : Orang-orang kaya diingatkan agar tidak terlalu bermegah dengan kekayaan dan menghina orang-orang miskin yang bekerja untuk mereka, sampah jangan ditendang sepak
Maksud : Tiba di negeri orang dengan nama baik, balik dengan nama buruk. Ayat Contoh : Ketika mula-mula belajar di Australia, Naemah seorang gadis yang berpendidikan agama tetapi setelah mengalami kejutan budaya, dia menjadi liar menyebabkan pelajarannya terkandas. Sebagai akibatnya dia terpaksa pulang ke tanah air. Dia dikatakan orang, sampai bersalam, pulang berterajang.