Sepuluh Batang Bertindih, Yang Di Bawah Juga Yang Luluh

Maksud : Biarpun banyak menerima pertolongan orang ketika majlis perkahwinan, namun yang menanggung kerugian ialah orang yang mengadakan kenduri tersebut. Ayat Contoh : Pak Yunus mendapat bantuan tenaga daripada saudara-mara untuk mengadakan majlis perkahwinan anaknya tetapi dia masih menanggung belanja yang besar untuk membeli peralatan dan lauk-pauk. Baginya sepuluh batang bertindih, yang di bawah juga … Read more

Seruas Tebu Yang Berulat Sebatangnya Dibuang

Maksud : Seorang yang bersalah tetapi seluruh kaum keluarganya dihukum. Ayat Contoh : Setelah ternyata bahawa fitnah terhadap Bendahara Seri Maharaja itu datangnya daripada Kitul dan Raja Mendeliar, Sultan Mahmud memerintahkan agar kedua-duanya termasuk seluruh ahli keluarga mereka dibunuh. Tindakan baginda itu seperti seruas tebu yang berulat sebatangnya dibuang.

Seruas Tebu Yang Berulat, Seruas Dibuangkan

Maksud : Siapa yang berbuat salah, dia sahajalah yang patut dihukum. Ayat Contoh : Sepatutnya Sultan Mahmud menghukum Kitul dan Raja Mendeliar sahaja kerana mereka yang bersalah. Anak dan isteri mereka yang tidak berkaitan tidak perlu dizalimi sebegitu rupa kerana seruas tebu yang berulat, seruas dibuangkan.

Serumpun Bagai Serai, Seikat Bagai Sirih

Maksud : Dalam ikatan yang rukun dan seia sekata. Ayat Contoh : Sekiranya para pembesar dan rakyat Melaka bersatu ibarat serumpun bagai serai, seikat bagai sirih seperti pada zaman Bendahara Tun Perak Paduka Raja, mungkin kehancuran negeri itu di tangan Portugis dapat dielakkan.

Sesat Di Hujung Jalan, Balik Ke Pangkal Jalan

Maksud : Jika tidak mencapai persetujuan dalam sesuatu masalah hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya. Ayat Contoh : Mesyuarat untuk mencari tapak yang sesuai bagi membina masjid itu gagal mencapai kata sepakat kerana ahli-ahli mesyuarat mempunyai kepentingan peribadi. Keadaan ini menyebabkan imam meminta mereka kembali kepada tujuan asal mesyuarat tersebut kerana sesat di hujung jalan, balik … Read more

Sesat Surut, Terlangkah Kembali

Maksud : Memperbaiki kesalahan yang telah dilakukan. Ayat Contoh : “Jika masing-masing telah sedar akan kesalahan yang dilakukan, marilah kita bermaaf-maafan dan berbaik-baik semula. Bak kata orang, sesat surut, terlangkah kembali,” kata Ustaz Mahadi kepada Roslan dan Zahid.

Sesimpai Bagai Lidi

Maksud : Orang yang seia sekata. Ayat Contoh : Para pejuang kemerdekaan negara yang terjajah itu sudah sesimpai bagai lidi kerana tidak dapat dipecahbelahkan lagi oleh penjajah walau dengan apa-apa cara sekalipun.